World Cup Review: Argentina 2 Greece 0

Minta maaf jika saya awal lagi ingin memberitahu bahawa saya adalah peminat besar Lionel Messi dan sudah tentu saya akan lebih bias dan cenderung kepada pasukan pilihan saya, Argentina. Argentina dibawah kendalian Maradona berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan Greece seterusnya mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus.

Messi vs Greece

Messi membuktikan beliau pemain yang berbahaya sekali. Greece menggunakan hingga 4 markers untuk mengawal beliau.

Mengimbas kembali corak permainan Greece tidak ubah seperti pasukan Inter Milan sewaktu mereka menewaskan pasukan kegemaran saya, Barcelona dengan corak bertahan dan counter-attack. Saya adalah penonton bola sepak yang inginkan corak perlawanan total football. Greece seharusnya sedar mereka harus mencipta gol untuk layak kepusingan kedua tetapi jurulatih mereka Otto Rehhagel berharap tuah Euro 2004 berulang lagi. Dengan meletakkan seorang sahaja dibahagian serangan seperti Greece takut untuk keluar mengejar gol.

Serangan demi serangan oleh Argentina yang diketuai Messi berjaya ditahan oleh ketangkasan penjaga gawang mereka, Alexandros Tzorva. Argentina mengawal penuh penguasaan bola, hampir 70% pada babak pertama. Peluang Argentina untuk mendahului permainan tidak kesampaian apabila sepakan oleh Kun Aguero dan Veron berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol Greece. Bialu memang cekap. Kuputusan 0-0 untuk babak pertama.

Pada babak kedua, Greece sedar mereka harus mencipta gol apabila seteru mereka, Korea Selatan dan Uruguay seri 1-1 pada babak pertama. Ini bermakna, jika Korea seri atau menang, keputusan akan memihak kepada pasukan Asia itu. Oleh itu mereka mengubah taktik dengan dua penyerang. Maradona juga membuat beberapa pertukaran pemain. Dalam usaha Greece untuk mencipta gol,bahagian pertahanan mereka telah longgar sedikit dan ini memudahkan para pemain Argentina untuk membuat serangan.

Minit ke 77, Demichellis berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru. Keparahan Greece bertambah apabila  Palermo menjaringkan gol mudah setelah sepakan Messi gagal ditangkap kemas oleh penjaring gol Greece. Keputusan penuh berakhir dengan 2-0.

Saya berasa sedikit terkilan kerana Messi tidak lagi berjaya menjaringkan gol. Tetapi peranan Messi untuk menarik sebanyak mungkin markers memudahkan pasukannya bebas tanpa kawalan. Namun tidak mengapa, seperti Maradona berkata jika Messi terus bermain sebegini, tidak mengapa kerana kemenangan akan memihak pasukannya yang mengutamakan team player.

demichelis argentina

Gaya Demichelis setelah menjaringkan gol pertama buat Argentina.

Tahniah buat Messi. Selain menjadi pemain termuda Argentina untuk menjadi captain, 23 ini juga merupakan hari jadi beliau yang ke-23.

About Amir Shaw

Men of genius are admired, men of wealth are envied, men of power are feared; but only men of character are trusted.
This entry was posted in Sports, Spotlight and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply