Anda fikir iPhone 4 menang?

Semalam, CEO Apple, Steve Jobs telah pun melancarkan produk terbarunya iPhone 4 dan bukannya 4G yang seperti digembar-gemburkan.

Apakah benar iPhone 4 bakal menyaksikan Apple terus mara mengukuhkan pegangan pasaran bagi telefon pintar? Tidak.

Ringkas jawapannya. Ini kerana Google telah pun masuk campur segmen pasaran mudah alih dengan operasi popular, Android. Android dijangka menjadi pemacu bagi banyak pengeluar telefon seperti HTC, Samsung, Motorola dan Google sendiri.

Jika dahulu iPhone dari generasi pertama hingga 3G dilancarkan, ramai menyangkakan ianya satu revolusi telefon pintar. Para pesaingnya, Blackberry, Windows Mobile dan Symbian dikatakan jauh ketinggalan.

Maka tidak hairan, jika semalam ramai pengkritik membanding iPhone dan HTC Evo yang menggunakan sistem operasi Android. Kedua-dua mempunyai spefikasi yang hebat dan tersendiri. Bagi saya, HTC Evo merupakan evolusi juga kerana menggunakan teknologi 4G atau lebih popular dengan nama WiMax. Manakala, iPhone berganjak lebih mara dengan memperkenalkan resolusi skrin yang begitu menakjubkan.

Harus diingatkan hampir setiap bulan, ada sahaja telefon beroperasikan Android dikeluarkan maka spesifikasi hardware dan software akan lebih canggih daripada sekarang. Jika sekarang pemprosses sudah mencapai 1Ghz bayangkan 1 tahun kemudian.

iPhone memperkenalkan teknolgi Face Time dimana perbualan video boleh dilakukan terhadap kedua-kedua pemilik iPhone 4. Tapi kelemahannya, ianya masih menggunakan teknologi 3G yang kualitinya kadang-kala tidak konsisten. Berbanding HTC Evo yang menggunakan WiMax, kepantasan jalur lebarnya 10 kali lebih pantas berbanding 3G.

Namun, banyak lagi negara yang masih tidak menggunakan teknologi Wimax seperti di Amerika dan Malaysia. Di Amerika hanya satu operator iaitu Sprint.

Kesimpulannya, dengan Google memasuki pasaran mudah alih, sudah tiba masanya pengeluar telefon pintar yang lain seperti Nokia, RIM dan Microsoft memikirkan cara untuk bersaing dengan Apple dan Google. Kita sebagai pengguna yang menang akhirnya dengan persaingan yang begitu sengit, harga dan teknologi menjadi mampu dimiliki. Dan untuk makluman pembaca, saya menulis artikel ini dengan menggunakan iPhone 3G saya.

About Amir Shaw

Men of genius are admired, men of wealth are envied, men of power are feared; but only men of character are trusted.
This entry was posted in Sci/Tech and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply