Saya merupakan penonton sinetron Tasbih Cinta di Tv3. Walaupun kadang-kala ada miss satu dua episod, saya boleh tanya apa kesudahannya melalui adik saya. Tasbih Cinta adalah drama terbitan MD Entertainment juga pernah disiarkan di IndoSiar.
Cerita ini kadangkala membuatkan kita berasa geram dengan sesetengah watak yang bodoh tetapi mungkin itu juga resepi mereka untuk membuatkan kita terus menonton drama tersebut.
Kisah tersebut berkisarkan bagaimana dua adik beradik dan konflik mereka berebut seoarang wanita. Rafi ialah adik kepada Jojo dan Bella berpacaran dengan Jojo sehingga mereka bernikah.
Rafi cuba sedaya upaya untuk merampas Bella dari Jojo kerana dia percaya Bella adalah penyebab kematian ayah mereka dan Rafi cuba menebus segala dendam yang terkesumat.
Dua-dua pelakon lelaki tersebut mempunyai babyface-looking dan Rafi muka ‘jambu’ tersebut seperti tidak kena melakonkan watak jahat seperti itu.
Akhirnya Rafi mati juga setelah bunuh banyak orang. Tetapi part yang best, Rafi begitu licik hinggakan tiada polis cuba menyiasat akan semua kejadian tersebut. Penghujung ceritanya, Bella melahirkan anak dan hidup bahagia dengan Jojo walaupun emak si Jojo nie tak boleh terima akan pemergian Rafi.
Ketika ini, lagu tema Tasbih Cinta, Menyesal oleh Ressa Herlambang acap kali diputarkan dicorong radio-radio tempatan.
[youtube]ik0o4cnS-94[/youtube]
Anda mungkin perasan, atau mungkin saya sahaja yang sedar, Bella ini sekilas pandang macam pelakon Bollywood, Manisha Koirala. Boleh jadi Marsha AF?



haha