Dengar nasihat saya ini, menconteng boleh menguatkan daya ingatan anda tak kira dimana anda berada, samada pejabat, kuliah dan lain-lain lagi.
Dalam satu kajian oleh yang dijalankan oleh penyelidik di Britain, mereka yang menconteng ketika mendengar syarahan boleh mengingat lebih 29 peratus berbanding mereka yang memegang pen tapi tidak berbuat apa-apa.
Menconteng boleh menghapuskan kebosanan dengan tidak melunturkan tumpuan anda, menurut pengkaji Jackie Andrade.
Seharusnya saya mengetahui fakta ini terlebih dahulu maka boleh saya jelaskan kepada cikgu saya dahulu. Al-maklumlah, saya ini suka benar menconteng buku di zaman sekolah-sekolah dahulu.
