Facebook Knows You

Baru-baru ini kecoh apabila soal privasi di Facebook menjadi topik hangat di dada akhbar dan Internet. 31 Mei juga dikenali hari “Quit Facebook Day” dan hampir 30 ribu menyertai petisyen tersebut dengan keluar dari Facebook.

Di Malaysia, soal privasi di Internet tidak diambil berat oleh jutaan pengguna. Bukan tidak tahu akan setting, mungkin pelbagai faktor seperti malas dan tidak ambil peduli tentang soal hak privasi mereka. Percaya atau tidak, bukan sahaja Facebook, malahan banyak lagi laman sosial yang mengumpul banyak data mengenai diri anda.

Popular? Taip nama anda di enjin carian seperti Google atau Yahoo, dan lihat keputusan cariannya.

Popular? Taip nama anda di enjin carian seperti Google atau Yahoo, dan lihat keputusan cariannya.

Tidak percaya? Taip nama anda di Google dan lihat keputusannya. Jika Facebook anda terkenal, maka anda mungkin berada di tempat pertama atau kedua. Dan kemudian anda lihat profile Facebook anda. Pastikan komputer anda sudah di Sign Out. Lihat, mungkin disitu terpapar Wall anda, Info, Pages yang anda suka, foto dan paling buruk status anda yang berbunyi “B$5tard My Boss”.

Data-data ini penting bagi pihak pengiklan mahupun spy anda untuk mengumpul dan mengkategorikan iklan yang sesuai untuk anda.

Kebimbangan yang disuarakan oleh pengguna Facebook yang menuduh Facebook menjual data-data dengan para pengiklan mereka.

Namun, wajarkah anda keluar dari Facebook? Jawapan saya tidak sama sekali. Harus diingatkan di Internet tiada privasi. Misalnya jika gambar sulit anda diupload, anda mungkin tidak tahu apa kesudahannya kelak. Alamat IP, jenis sistem operasi komputer anda semua ini bernilai.

Facebook telah mengemaskinikan dan memudahkan penggunaanya untuk mengawal privasi. Anda yang mendesak agar Mark Zukenrberg, pengasas Facebook, meletak jawatan. Apa rasional mereka berbuat demikian? Bagi saya, Facebook mengawal lebih baik akan soal privasi berbanding Yahoo!, Myspace, Google dan laman web lain.

Mudah. Facebook anda kini lebih mudah untuk menetapkan kawalan privasi anda.

Mudah. Facebook anda kini lebih mudah untuk menetapkan kawalan privasi anda.

Lihat Terma dan Syarat (TOS) sesebuah laman web. Mereka akan mengisytihar segala info seperti cookie, jenis browser, alamat IP anda dan banyak lagi untuk tujuan Analytic mereka.

Contoh yang baik juga, ditunjukkan oleh oleh penganalisis keselamatan di F-Secure. Blognya boleh dibaca disini.

Di Amerika Syarikat, polis dan agensi-agensi seperti FBI dan CIA menggunakan laman sosial untuk memburu mereka yang disyaki.

© Amir Shaw

About Amir Shaw

Men of genius are admired, men of wealth are envied, men of power are feared; but only men of character are trusted.
This entry was posted in Sci/Tech, Security, Spotlight and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply