Digi Dijangka Untung RM100 juta

Pretasi Baik. Digi dijangka akan terus mengutip keuntungan bersih.

Syarikat telekomunikasi ketiga terbesar negara, Digi dijangka akan mencatatkan keuntungan RM100 menjelang akhir tahun ini. Ketika ini, keuntungan Digi bernilai RM37 juta.

CEO terbaru Digi, Henrik Clausen berkata anak syarikat Telenor Norway itu cuba semungkin mengurangkan kos seperti kos penyelengaraan, kontrak pihak ketiga (outsourcing) dan lain-lain perbelanjaan syarikat.

Menurutnya lagi, beliau sedar untuk terus mengekalkan pretasi, mereka harus lebih bijak mengatur langkah berbanding syarikat pesaing yang semakin sengit.

Berita ini sudah tentu menggembirakan para pemegang saham Digi kerana ini tidak hampir dua bulan Clausen menggantikan tampuk pimpinan dari CEO Johan Dennilend.

Digi dijangka akan terus memperhebatkan promosi untuk menarik lebih ramai pengguna muda.

Digi juga dilihat aktif mengembangkan segmen jalur lebarnya setelah diberi lesen untuk mengendalikan lesen 3G.

About Amir Shaw

Men of genius are admired, men of wealth are envied, men of power are feared; but only men of character are trusted.
This entry was posted in Business and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply