IP Man 2 Lebih Masyuk

IP Man 2, memang cukup mendebarkan dan padat dengan aksi-aksi. Lima bintang! Pada hari pertama tayangan IP Man 2 di Singapura, saya mengambil kesempatan cuti bekerja untuk menonton Ip Man 2. Agak keliru juga pada hari saya tiba di cinema, orang ramai mula membanjiri kaunter-kaunter. Apa tidaknya, Ip Man juga ditayangkan pada hari yang sama dengan blockbuster Hollywood, Iron Man 2. Namun, saya tetap memilih Ip Man kerana filem pertamanya tidak menghampakan saya.

Iron Man 2 vs Ip Man 2

Dibintangi Donnie Yen, Ip Man mengisahkan bagaimana lagenda pengasas Wing Chun tinggal di Hong Kong setelah melarikan diri dari tentera Jepun yang telah menawan China pada filem yang pertamanya.

Kali ini, Ip Man tidak lagi hidup semewah seperti di China. Dia terpaksa tinggal dirumah sewa dan berhasrat membuka kelas kung fu. Hari demi hari, tunggu punya tunggu, tiada satu oun orang yang berminat nak join. Mungkin kurang marketing kot. Haha.

Tuan rumah pula sudah bising nak minta Ip Man jelaskan sewa rumah. Nasib baik, ada seorang anak muda yang berminat nak belajar. Namun, dia mengemukakan cabaran terlebih dahulu dengan Ip Man. Lawan taiko maa.. Ip Man dengan mudahnya, belasah budak hingusan tadi. Setelah itu, anak muda tue berambus dengan kekalahan, tak lama lagi datang balik bawa geng….untuk menuntut ilmu dengan Ip Man.

Pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui Ip Man untuk membuka kelas kung fu di Hong Kong. Hong Kong ketika itu mempunyai banyak puak dan persatuan kung fu yang lain. Untuk memastikan Ip Man boleh meneruskan niatnya, maka beliau seharusnya mendapat ‘lesen’ atau pengiktirafan dari persatuan kungfu-kungfu. Ketika itu, persatuan kung fu dipimpin oleh Sammo Hung. Ip Man berkeras beliau tidak akan membayar wang perlindungan seperti yang dikenakan terhadap setiap persatuan.

Hong Kong yang pada itu dalam jajahan kloni British, menganjurkan pertarungan boxing vs kung fu. Boxing, ketika itu menampilkan juara dunia, Twister. Twister terlebih dahulu menumpaskan Sammo Hung dan kesudahnya, Sammo Hung mati rebah.

Ip Man bertanggungjawab untuk memulihkan imej kung fu, kerana Twister acap kali memprovokasi dan mencabar mana-mana pihak yaag tidak berpuas hati boleh beradu dalam gelanggang.

Otot besar sekalipun tidak mampu menewaskan ketangkasan Ip Man. Ip Man berjaya menumpaskan Twister tetapi tidak tahu pula kesudannya sama ada peninju itu mati atau tidak. Bagi yang tidak berkesempatan, maka saya sarankan dapatkan DVD original kerana cinematografi dan kualiti audionya amat superb! Memang berbaloi.

About Amir Shaw

Men of genius are admired, men of wealth are envied, men of power are feared; but only men of character are trusted.
This entry was posted in Entertainment, Film Reviews, Spotlight and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply