Lupakan Christiano Ronaldo, Rooney atau Drogba, Lionel Messi buktikan dia lah pemain hebat masakini, jauh dihadapan. Kehebatan Messi berada dikelompok-kelompok Legends Of Football seperti Maradona, Pele, Johan Cyruf dan George Best. Menjaringkan empat gol ketika menerima kunjungan Arsenal di StadiumCamp Nou adalah jaringan hatriknya yang keempat pada 2010.
Messi bukanlah striker seperti peranan Rooney dan Drogba, tapi hasil kebijaksanaan Pep Guardiola meletakkan Messi bermain di posisi serangan memang cukup membuatkan Arsene Wenger akur kehebatan Messi seperti Playstation. Ada lagi peminat-peminat terutamanya Real Madrid melaungkan Ronaldo lagi hebat dan sempurna berbanding Messi. My say? Bull shit!! Agaknya mereka lupa bahawa Messi telah meledakkan beberapa jaringan menentang Madrid manakala Ronaldo tidak dapat satu pun menentang Barcelona sejak di Manchester lagi. Malahan, saya berpendapat Xavi Hernandez is the best player after Messi in the world! Xavi merupakan jantung bahagian midfielder Spain dan Barcelona, telah membuat hampir 99% passing tepat mengenai rakan sepasukan mereka.
Diharapkan World Cup di South Afrika bakal dimenangi Messi untuk menjadikan The Flea sebagai Best Of All The Time.

