Dah tengok filem Hollywood 2012. Filem yang memaparkan kisah bagaimana dunia ini kiamat seperti yang diramalkan dalam kalendar Mayan. Ternyata crowd agak luar biasa walaupun saya pergi menonton pada hari biasa bukannya hari minggu. Ternyata promosi iklan-iklan berjaya menarik orang ramai untuk menghabiskan $10 untuk filem ini.
Berbalik pada cerita ini, dua pasukan dari kalangan saintis/ahli geologi United State dan India berjaya mengesan perubahan suhu dalam kerak bumi. Aktiviti letusan pada permukaan matahari melepaskan radiasi paling tinggi pernah direkodkan lantas kesannya turut tempias ke atas bumi.
Lantas amaran telah diberikan kepada ketua-ketua negara dunia untuk bertindak sebelum terlambat.Keputusannya sebuah projek rahsia didirikan di satu tempat rahsia di China/Tibet.
Kesan-kesan kecil seperti gempa bumi berlaku amat banyak sekali.Gempa berukuran lebih daripada 9.0 skala Richter cukup untik meranapkan Los Angeles dan California. Ternyata impak dan efeknya ternyaya berkesan dan feel real. Tapi yang tak logiknya, sebuah keluarga nie berjaya keluar dari kawasan tersebut dengan selamat walaupun rintangan yang imposible,dapat juga lepaa. Nak jadikan cerita katakan..
Dunia dah hampir tenggelam. Semua pemimpin berangkat ke China untuk menaiki projek rahsia tersebut. Penduduk dunia yang bertaraf billionair boleh memiliki tiket untuk menaiki kapal seperti sebuah kapal angkasa. Cukup besar hingga boleh memuatkan beratus penduduk bumi. Apabila paras air laut meningkat hingga paras Gunung Everest, kapal tersebut berjaya juga berlepas. Ops bukan berlepas tetapi berlayar. Ianya bukan kapal angkasa tetapi lebih kepada kapal laut bersaiz mega.
Setelah hampir sebulan, bumi kembali normal. Dunia tidak hancur seperti yang kita sangkakan. Benua-benua yang tenggelam kini kembali normal.
Filem ini tidaklah best mane.Just effectnya yang real.3/5..
P/s: Kalau kaum Maya tidak berupaya meramalkan yang mereka akan pupus, inikan pula meramalkan bila dunia ini akan kiamat. Cerita ini hanya berkisarkan bagaimana manusia akan pupus dan bukannya bumi ini meletus atau berlanggar bulan atau matahari dan sebagaimana. Tengok boleh,percaya jangan. Tetapi memang aktiviti nuklear matahari mempengaruhi medan mangetik bumi.
